Tuesday 18 October 2011

Perwakilan Data

Perwakilan Data : Piktograf
Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran

Konsep            :  Piktograf adalah graf gambar yang mengandungi maklumat-maklumat yang ringkas  
                         dan mudah difahami melalui gambar-gambar yang  dipamerkan dalam sesuatu jadual.
 

Objektif           : Selepas aktiviti pembelajaran, murid-murid boleh :
     Membaca dan menerangkan maklumat-maklumat yang terdapat di dalam sesuatu graf gambar.
         Membina graf gambar yang berkaitan dengan masalah harian.

Alatan              : LCD, Komputer, White Board, Pen marker dan kertas mahjong.

Aktiviti Pengajaran
Set Induksi :    
1.      Murid di bawa ke tapak perhimpunan.
2.      Guru menyoal murid apa yang dapat mereka lihat di sekeliling mereka?
       Contoh : 
               a. Kereta guru
       b. Pokok Bunga
c. Tiang bendera
d.  Basikal
e.  Motosikal 
Langkah 1 :
         Murid dibahagikan kepada 8 kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 4 orang ahli.
         Guru memberi penerangan apa yang perlu murid lakukan dalam setiap kumpulan.
       Setiap kumpulan akan diberikan satu tugasan di mana 2 kumpulan akan mendapat tugasan yang sama.

Kumpulan
Tugasan
1 & 5
Warna kereta guru
2 & 6
Jenis-jenis bunga di kawasan sekolah
3 & 7
Cara murid datang ke sekolah
4 & 8
Makanan kegemaran murid








Langkah 2 :
Mengumpul maklumat
          Murid mencatatkan apa yang mereka perlu cari di dalam borang tugasan yang diberi oleh guru.
                Contoh :

KUMPULAN 1 & 5
Warna
Bilangan
Putih
5
Merah
3
Kelabu
7
Hijau
2
Hitam
10


KUMPULAN 2 & 6

Jenis Bunga
Bilangan
Bunga Raya
20
Bunga Kertas
35
Bunga Ros
10
Bunga Alamanda
5









KUMPULAN 3 & 7

Cara datang ke sekolah
Bilangan
Berjalan kaki
4
Menaiki kereta
8
Menaiki bas sekolah
14
Menunggang basikal
2
Menaiki motosikal
4


KUMPULAN 4 & 8

Makanan Kegemaran
Bilangan
Nasi Lemak
2
Ayam Goreng
12
Burger
10
Pizza
7
Mee
1

         Murid bergerak masuk ke kelas.
         Murid membentangkan hasil tugasan yang diberi.

Langkah 3 :
Membina Piktograf
     Guru berbincang dengan murid mengenai perkara-perkara yang perlu dinyatakan dalam sesuatu Piktograf yang lengkap seperti :
i)         Tajuk
ii)       Petunjuk
iii)     Gambar-gambar yang sesuai.
iv)     Jadual

   Guru menunjukkan satu contoh jadual maklumat layang-layang yang dibuat oleh Pak Hashim dalam masa 4 hari.

     Guru mengedarkan kertas mahjong dan pen marker kepada setiap kumpulan    murid.
      Guru membimbing murid-murid sehingga mereka memahami prosedur membina piktograf.
   Murid-murid membina piktograf dengan menggunakan maklumat yang telah mereka perolehi.
  Setiap kumpulan mempamerkan piktograf yang telah dibina dan memberi penerangan tentang piktograf yang mereka hasilkan.


Langkah 4 :
Membuat Lembaran kerja
Guru mengedarkan lembaran kerja dan murid diminta melengkapkannya sebagai latihan pengukuhan. 
 

Rumusan :    
     Mendorong murid untuk menerangkan semula langkah-langkah dalam membina piktograf daripada maklumat yang diberi dengan menekankan ciri-ciri yang perlu ada dalam sebuah piktograf seperti :
  •             Gambar-gambar yang sesuai.
  •               Penunjuk (key)
  •              Penyusunan gambar-gambar secara berturutan







Bahan :



Hari
Bilangan
Isnin
10
Selasa
8
Rabu
4
 Khamis
Isnin             
Selasa          
Rabu      
Khamis             
                           mewakili 2 layang-layang                              

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.