Wednesday 19 October 2011

Wang

Pendekatan Pengajaran ( Rancangan Pengajaran Harian)

Unit Pengajaran 1 :
Penentuan nilai wang hingga RM100 000
Pendekatan pengajaran Koperatif
MATA PELAJARAN
Matematik
KELAS
5 Cempaka
TEMPAT
Kelas 5 Cempaka
TARIKH
8 Mei 2011
MASA
8.00 – 9.00 pagi (60 minit)
BIL. PELAJAR
39 orang
TEMA/TAJUK
Wang
SUB TAJUK
5.0 Penentuan nilai wang hingga RM100 000
KANDUNGAN
5.1 Cara menentukan nilai wang hingga RM 100 000
     a) Menyebut dan menulis
OBJEKTIF KHAS
Selepas pengajaran, pelajar dapat:
1)      Menyebut dan menulis sejumlah wang dalam ringgit dan sen  (Aras Pengetahuan)
2)      Menentukan nilai wang hingga RM100 000 (Aras Kefahaman)
3)      Menghubungkaitkan kesamaan  wang hingga RM100 000 (Aras Aplikasi)
PENGETAHUAN LALU
Pelajar telah mempelajari menentukan nilai wang semasa di tahun 4 dan pelajar telah menggunakan wang setiap haru untuk berbelanja.
ALAT BANTU
Wang mainan (ringgit dan sen), keratan iklan, kertas berwarna, kad wang, suratkhabar, majalah, kad bergambar, gunting, kad harga





Langkah
Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran
Penilaian
Aktiviti Guru
Aktiviti Pelajar


Langkah 1
5 minit
1.      Guru memberi salam dan bertanya khabar murid.

2.      Guru bertanyakan kepada ketua kelas tentang kehadiran murid pada hari ini.

3.      Guru meminta murid mengamati harga rumah berdasarkan ransangan (cd interaksi).

4.      Guru mengalukan murid untuk membaca harga setiap jenis rumah

5.      Guru mengaitkan soalan tadi dengan kemahiran yang telah dipelajari di tahun 4

1.      Murid menjawab salam.


2.      Ketua kelas memaklumkan kehadiran murid pada hari ini.

3.      Murid memberi sepenuh perhatian.



4.      Beberapa murid secara sukarela tampil membaca harga bagi setiap jenis rumah.

5.      Murid mendengar penjelasan guru.


Soal jawab
Langkah 2
10 minit
1.      Guru meminta murid melihat Buku teks halaman 100.  Sebelum itu murid diminta mengingat kembali Hari kantin yang pernah dilalui.  Guru menyoal murid, berapakah jumlah wang yang telah dikumpul kelas anda?

2.      Guru meminta murid mengamati dan kombinasi wang yang berjaya dikumpul pada malam amal berdasarkan bahan ransangan.


1.      Murid melihat bahan ransangan.  Murid telah pernah mengalami peristiwa hari kantin. Beberapa orang murid  menjawab wang yang telah berjaya dikumpul.


2.      Murid melihat kombinasi wang.


Soal jawab
Langkah
Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran
Penilaian
Aktiviti Guru
Aktiviti Pelajar

3.      Guru meminta murid menyebut nilai wang dan membimbing mereka.

4.      Guru membimbing murid menyebut kombinasi wang .

5.      Guru membimbing murid menulis sejumlah wang dalam bentuk perkataan kepada bentuk simbol.

6.      Guru bertanya sama ada murid faham atau tidak sebelum beralih ke aktiviti seterusnya
3.      Murid mendengar penjelasan guru dan menyebut sejumlah wang yang mereka lihat.
4.      Murid menyebut nilai wang.


5.      Murid menulis sejumlah wang dalam bentuk simbol.


6.      Murid menjawab pertanyaan guru dan bersedia beralih kepada aktiviti seterusnya.

Soal jawab

Langkah 3
15 minit

1.      Guru mengarahkan murid menjawab soalan secara berpasangan. Murid digalakkan memilih rakan di sebelah.

2.      Guru mengedarkan majalah atau akhbar dan meminta murid meneliti gambar tersebut.

3.      Guru meminta murid memilih beberapa jenis barangan yang nilainya melebihi RM10 000.

4.      Murid diminta bekerjasama dengan rakan menulis jumlah harga dalam perkataan dan simbol.


1.      Murid mendengar arahan guru dan memilih pasangan mereka.


2.      Murid menerima majalah atau akhbar yang diedarkan guru.


3.      Murid berbincang bersama rakan untuk memilih jenis barangan nilainya melebihi RM10 000.

4.      Murid melaksanakan arahan guru menulis nilai barangan dalam perkataan dan simbol.


perbincangan
Langkah
Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran
Penilaian
Aktiviti Guru
Aktiviti Pelajar

5.      Guru melakukan tinjauan setiap pasangan untuk melihat perkembangan murid.

5.      Murid berbincang dengan pasangan masing-masing.


Langkah 4
10 minit
1.      Guru meminta murid membentuk kumpulan yang terdiri 5 orang.

2.      Guru menyediakan 8 gambar benda atau barang yang berharga sehingga RM10 000 dan 8 kad yang mempunyai tanda harga. Setiap wakil kumpulan dikehendaki memadankan gambar dengan harga bersesuaian. Murid dikehendaki menulis dalam bentuk perkataan di belakang kad.

3.      Guru memberi 5 markah kepada kumpulan yang berjaya.
1.      Murid membentuk kumpulan yang terdiri daripada 5 orang.

2.      Setiap wakil kumpulan memadankan tanda harga yang bersesuaian dengan gambar. Murid menulis nilai harga barang di belakang kad.




3.      Murid memberi respon dengan bertepuk tangan.



Ujian berkumpulan

Langkah 5
15 minit
1.      Guru mengagihkan soalan bertulis kepada semua murid dan meminta murid menjawab dalam masa 10 minit.

2.      Guru mengarahkan murid bertukar skrip jawapan dengan ahli kumpulan yang lain.

3.      Guru memberikan jawapan yang betul kepada murid.

4.      Guru mencampurkan markah setiap ahli kumpulan.
1.      Murid menjawab dengan tekun setiap soalan yang diberikan guru.


2.      Murid bertukar skrip jawapan dengan rakan-rakan.

3.      Murid menanda jawapan yang betul.


4.      Murid membantu guru mengira markah



Ujian
Langkah
Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran
Penilaian
Aktiviti Guru
Aktiviti Pelajar

5.      Guru mengumumkan kumpulan yang mendapat markah tertinggi.
5.      Murid bertindak balas dengan bertepuk tangan.



Langkah 6
5 minit
1.      Guru membuat kesimpulan keseluruhan pengajaran hari ini.

2.      Guru mengucapkan tahniah kepada kumpulan yang mendapat markah tertinggi dan meminta murid memulangkan soalan dan skrip jawapan murid.

3.      Guru mengingatkan murid mengulangkaji pelajaran untuk topik yang akan diajar pada kelas seterusnya.

4.      Guru memberi salam.
1.      Murid memberi tumpuan.


2.      Murid mengucapkan terima kasih kepada guru dan memulangkan skrip soalan jawapan kepada guru.



3.      Murid mendengar peringatan guru.



4.      Murid menjawab salam.







No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.